Khamis, 24 Disember 2015

kek Ala Pankek sandwich maker.....












Bahan-bahannya:
* 1 cawan tepung serbaguna
* 1/2 cawan gula
*1/2 cawan mentega/butter
*2 biji telur
*1 sudu teh baking powder
* 1sudu teh esen vanilla/ perisa pisang

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula..
2. Masukkn telur satu persatu..
3. Masukkan tepung, baking powder dan esen vanilla..
4. Pukul Sebati..
5. Sudukan adunan ke dalam sandwich maker yang telah digris dengan margerin.
6. Masak 2-3 minit hingga kekuningan.


Sabtu, 13 September 2014

KUIH TEPUNG PELITA a.k.a KUIH TAKO..... sebenarnya beza antara kuih pelita dan kuih tako ialah... kuih tako kelongsongnya diperbuat dengan daun pandanus sementara kuih pelita selalunya menggunakan daun pisang.....bagi gue sama jer....haha



KUIH TEPUNG PELITA

BAHAN2  ;

Bahagian bawah (hijau):

  • 3/4 cawan tepung jagung nona
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 6 cawan santan cair
  • Sedikit pewarna hijau
Bahagian atas (putih):
  • 3/4 cawan tepung jagung nona
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 8 cawan pati santan
  • sedikit garam
* Boleh letakkan sedikit jagung krim/ sengkuang cina.



CARA2;


  1. Didihkan adunan hijau sehingga likat kemudian tuang dalam kelongsong kuih pelita.
  2. Masukkan jagung krim/sengkuang cina yg telah diracik halus.
  3. Didihkan adunan putih sehingga mendidih dan tuang ke atas adunan hijau.
  4. Sejukkan dan sedia dihidang.
# kelongsong kuih pelita boleh dibuat menggunakan daun pandan/ pisang dan cara nak membuatnya boleh rujuk... http://www.youtube.com/watch?v=Yec0J5l_-Bg


Selasa, 2 September 2014

KUIH JALA....... jom menjala dalam kuali....




KUIH JALA

Bahan2;


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air ( kalau nak letak sedikit santan / fresh milk kurangkan jumlah air)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin dicairkan / minyak masak jer
  • 2 sudu garam / secukup rasa
  • pewarna

Cara2;
  1. Blander jer semua sekali.
  2. Gunakan acuan kuih jala dan jalakan atas nin stick pan dengan sapuan sedikit minyak.
  3. Guna kuali ajaib korang pun boleh ( vantage/ menang/ giacomo)


PUDING MILO OREO...... Senang dimasak, lazat dimakan....mcm iklan maggi la pulak....


PUDING MILO OREO

Bahan2;

  • 1 paket agar2 serbuk 10 g
  • 750 ml air (  3 cawan air )
  • 150 g gula ( 1 cawan gula @ kurangkan)
  • 1 tin susu cair ideal / fresh milk
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 1 1/2 cawan milo
  • 1 bungkus biskut oreo 135 g ( patah2kan)
Cara2;

  1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan susu pekat, dan susu cair. kacau sebati.
  3. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan dicampurkan serbuk milo.
  4. Tuangkan adunan milo sedikit dalam acuan. Biarkan mengeras sedikit.
  5. Tuangkan adunan putih yang telah dicampur dengan pecahan biskut oreo ke atas lapisan  milo dalam acuan tadi. Tunggu mengeras sedikit.
  6. Akhir sekali tuang baki adunan milo tadi ke atas lapisan putih oreo pula.
  7. Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
Tip:
  • Jangan tunggu hingga membeku sepenuhnya semasa hendak menuang dalam acuan.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnys supaya ia melekat dengan elok .
  • Pastikan adunan yg berbaki di dalam periuk sentiasa dipanaskan bagi mengelakkan ia membeku sebelum dilapis/ dituang ke dalam acuan.

Isnin, 1 September 2014

KETUPAT SOTONG SUMBAT versi Kelantan..... tak biasa macam leceh ler pulak nak membikinnya.... Apa2 pun gue suka sebab sedap. ..mana nak cari dalam lauk ada nasi pulut... 2 in 1....



KETUPAT SOTONG versi KELANTAN

Bahan2;

@ 20-30 ekor sotong / 1kg
@ 2 cawan beras pulut ( gue  masak sedia dah)
@ 2 ketul gula Melaka
@ 3 cawan santan
@ 6 sudu gula pasir
@ sedikit garam
@ Daun pandan wangi

Cara2;
1. Bersihkan sotong.
2. Masukkan beras pulut yg  telah dimasak ke dalam 1/3 bahagian sotong .
3. Masukkan sotong tersebut ke dalam periuk yang telah diisi santan, garam, gula melaka, 
    gula putih dan daun pandan wangi.
4. Masak hingga pekat.


SELAMAT MENCUBA....

NASI LOBAK MERAH / Nasi Carrot...... sedappppp...baik untuk mata....cuma harapnya jangan lepas makan gigi tumbuh serupa Rabbit...kih..kih


 


Nasi Lobak Merah - Carrot rice

Bahan2;

* 2 cawan beras basmathi
* 2 batang carrot disagat
* 1 cawan susu cair ideal
* 2 cawan air
* 2 sudu besar planta / ghee
* 2 ulas bawang merah dan putih
* 1 inci halia
* 3 beradik ( bunga lawang, kayu manis, cengkih)
* kiub pati ayam maggi/knorr
* garam secukup rasa
* 1 sudu esen ros
* Daun pandan wangi
* Daun bawang / daun sup
* Bawang goreng

Cara2;
- Basuh beras dan toskan.
- Panaskan planta dalam rice cooker dan tumiskan bawang merah, putih, halia dan 3  
   beradik sampai naik bau.
- Masukkan beras dan gaul sebati.
- Masukkan air, susu cair,kiub maggi, sedikit garam dan pandan wangi.
- Agak nak mendidih masukkan esen ros. Gaul sebati.
- Masak bolehlah ditabur daun bawang ,sup dan bawang goreng.

Tip: Gaul nasi guna garfu untuk mengelakkan beras pecah dan selalu sangat digaul nanti butir nasi masak jadi tak cantik.

Ahad, 31 Ogos 2014

AYAM GORENG SERAI BEREMPAH... Yummmmmyyyy....kok..kok...kokkkk



AYAM GORENG SERAI BEREMPAH

Bahan2;

# 1 ekor ayam ( dipotong sederhana )

Bahan kisar;
# 6 ulas bawang putih
# 7 ulas bawang merah
# 2 inci halia
# 4 batang serai

# 3 sudu cili kering kisar / cili boh
# 2 sudu serbuk kari daging
# 1/2 sudu jintan putih
# 1/2 sudu jintan manis
# 1/2 sudu ketumbar

# Garam secukup rasa
# 4 tangkai daun kari
#  Minyak untuk menggoreng

Cara2;

1. Campurkan semua bahan kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan perap selama 
     1 jam.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.     
     pastikan minyak berlebihan digunakan supaya ayam tenggelam semasa menggoreng.
3.  Masukkan daun kari bila ayam 3/4 masak.
4.  Angkat dan toskan ayam goreng bila sudah masak.
5.  Sedia untuk dihidangkan.

#SELAMAT MENCUBA......