Ahad, 31 Ogos 2014
AYAM GORENG SERAI BEREMPAH... Yummmmmyyyy....kok..kok...kokkkk
AYAM GORENG SERAI BEREMPAH
Bahan2;
# 1 ekor ayam ( dipotong sederhana )
Bahan kisar;
# 6 ulas bawang putih
# 7 ulas bawang merah
# 2 inci halia
# 4 batang serai
# 3 sudu cili kering kisar / cili boh
# 2 sudu serbuk kari daging
# 1/2 sudu jintan putih
# 1/2 sudu jintan manis
# 1/2 sudu ketumbar
# Garam secukup rasa
# 4 tangkai daun kari
# Minyak untuk menggoreng
Cara2;
1. Campurkan semua bahan kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan perap selama
1 jam.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.
pastikan minyak berlebihan digunakan supaya ayam tenggelam semasa menggoreng.
3. Masukkan daun kari bila ayam 3/4 masak.
4. Angkat dan toskan ayam goreng bila sudah masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
#SELAMAT MENCUBA......
PUDING BUAH2AN KOKTAIL - FRUIT COCKTAIL PUDDING.... Tengok pun dah nampak sedap, belum rasa lagi.... slurppppp
PUDING BUAH KOKTAIL - FRUIT COCKTAIL PUDDING
Bahan2;
* 1 paket agar2 serbuk 10 g* 1/2 cawan gula
* 1 tin susu cair / 1 1/2 cawan fresh milk dutch lady
* 2 cawan air
* 1 tin buah koktail
* 2 sudu tepung kastard
Cara2;
1. Campurkan air + serbuk agar2+ gula. Dikacau sebati dan dimasak hingga
mendidih. Tutup api.
2. Masukkan susu + kastard + buah koktail . Kacau sebati .(kurangkan jumlah
air koktail dimasukkan sekali).
3. Tuang dalam acuan yang disukai.
4. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan mengeras.
5. Siap....Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Pergghhh.... sedap... cakap pun tarak guna..
Agar-Agar Tembikai.... lembut, sedap dan mencair dimulut...macam tak puas jer makan sebijik....
AGAR-AGAR TEMBIKAI
Bahan2;
- 2 paket serbuk agar-agar ( 11g )
- 350 g gula pasir
- 1000 ml air
- 4 biji putih telur
- satu sudu esen rose
- pewarna merah/kuning (isi tembikai)
- pewarna hijau (kulit tembikai)
- Kismis (biji tembikai)
Cara2;
- Masak agar2 + air+gula hingga mendidih. Biarkan menyejuk sekejap.
- Pukul putih telur hingga kental bertanduk sambil dimasukkan larutan agar2 yang mulai sejuk di dalam bancuhan telur putih sedikit demi sedikit.
- Tuangkan dalam mangkuk separuh bulat yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
- Titikkan pewarna merah ditengah adunan dan diratakan secara membulat dengan lidi sate tanpa menyentuh dasar mangkuk.
- Masukkan warna hijau sebagai kulit dan jarakkn sedikit dari warna merah.
- Letakkan kismis hitam sebagai hiasan untuk biji durian.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
*Tip: Pukul putih telur selepas 20 minit larutan agar2 masak supaya agar menyejuk sedikit
dan bagi mengelakkan putih telur lama berteduh / mencair semula.
Selamat Mencuba.....
KEK LAPIS 1 MALAYSIA...... kaler kek tu gue belasah jer janji cantik mata gue memandang..... alaaa nak risau aper kita yang buat dier..... :-)
KEK LAPIS 1 MALAYSIA - ONE MALAYSIAN LAYER CAKE
Bahan2;
- 16 oz margerin/butter/planta
- 10 biji telur gred A
- 200 g gula halus
- 350 g tepung kek nona / tepung blue key
- 1/2 tin susu pekat
- 1 tin srikaya (tin kecil)
- 1 1/2 sudu makan ovellette
- 1 paket horlick original ( 400 g )
- 100ml air sejuk ais
- sedikit ceri merah / coklat rice
Cara2;
- Pukul mentega + gula hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan susu, srikaya, horlick, tepung dan air . Pukul sebati.
- Bahagi kepada beberapa bahagian warna yang disukai.
- Bakar lapisan demi lapisan warna pertama hingga habis kemudian taburkan ceri/coklat rice.
- Ulangi dengan warna yang seterusnya sehingga adunan habis dibakar.
- guna oven api atas sahaja dengan suhu 180'c. 10-15m untuk setiap lapisan.
SELAMAT MEMBAKING... membuat kek lapis nie memang menuntut kesabaran yang tinggi...gue siap tertidur tu depan oven.... kui..kui..kui...hasilnya bolehlah...colourful.
BREAD CURRY PUFF.... sekali ngapp mesti nak lagi....silap haribulan leh bertukar jadi power puff girl....
Bahan2;
- Roti Gardenia
- Sardin Tuna Spicy
- Telur digoreng hancur untuk inti ( optional)
- Acuan karipap
- Minyak untuk mengoreng
Cara2;
- Masukkan inti ditengah2 roti kemudian tekap dengan acuan karipap atau tekan je dengan garpu disekeliling roti.
- Panaskan minyak dan goreng karipap roti tersebut hingga sedikit kekuningan.
Tip; *Pastikan karipap ditekap dengan kemas.
* Goreng dengan minyak yang betul2 panas.
Simple je Dik kalau nak buatnya pun..... agak2 ada roti yang dah nak expired kat umah tu cepat2la wat bread curry puff nie...... takler kita membazir tak tentu pasal..
Sabtu, 30 Ogos 2014
Malay Pizza's ..... maksudnya terlampau mudah dibuat...cuma tak letak belacan jer.... :-)
PIZZA MELAYU...
Bahan2 doh pastri;
- 500g tepung gandum/tepung roti nona
- 2 sudu besar butter/margerin/planta
- 1 paket yis (11g)
- 6 sudu gula pasir
- 1 sudu kecil bread improver
- 1 cawan air suam
- 1 sudu kecil garam
Bahan2 Topping;
- sos tomato/cili/sos pasta
- tuna/sosej/lada beggala/cendawan butang
- mix vege
- keju ceddar
- keju mozarella
- Mayonis
- oregano leaves
Cara2;
Adun doh macam adunan pastri yg biasa.... tebarkan dan letaklah bahan2 topping.
Bakar sampai masak...... taraaaaaaa itu jer.....
BREAD SPICY N HEALTHY NUGGET.... macam world jer nama...padahal cucur roti benggala jer...hahaha
BREAD SPICY N HEALTHY BREAD
Bahan2;
Bread dipotong dadu (kuantiti-terpulang)
telur(2-3 biji ikut kuantiti roti)
carrot disagat / diparut
kacang panjang dipotong halus/ mix vege
isi udang
bawang holan/besar dicincang
cili padi dipotong halus
daun bawang/sup dipotong halus
garam dan sedikit lada sulah
tepung jagung (optional)
Cara2;
1. Campur semua sekali gaul sebati.
2. Kepalkan menjadi bebola atau goreng terus macam membuat cucur/kemput2
3. Goreng hingga sedikit kekuningan, angkat dan bolehlah dihidangkan.
*Goreng guna non stick pan... sedap dimakan cicah sos cili or mayonis....
SELAMAT MENCUBA.....
KUIH CARA MANIS...Heart to heart...pink kaler gitu... hahaha
KUIH CARA MANIS
Bahan2;
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan santan cair
1 biji telur
secubit garam
sedikit gula untuk inti
Cara2;
1. Blender jer semua semua sekali kecuali
gula pasir.
2. Panaskan acuan cara....sapu sedikit minyak.
3. Tuang adunan ke dalam acuan letak sedikit
gula atas setiap satunya.
4. Bakar atas dapur hingga ,masak dan jangan
lupa tutup atas acuan semasa membakar.
*Tip: Jika terlalu cair tambah lagi tepung...jika terlalu pekat tambah
lagi air.
Satu bancuhan dapatlah 25-30 biji.... senang pun senang... sedap pun sedap.... apa lagi jom la try membikin.
TART TELUR KASTARD.....senang sangat dibikin rugi tak cuba.....
TART TELUR KASTARD
Bahan2 Pastri;
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan margerin/planta/butter
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
Cara;
Adun sampai tak melekit....kalau masih lembik tambah lagi tepung...
sampai adunan kental...
Bahan2 Topping Tart;
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula halus
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna kuning
1/2 air ais
Cara;
Pukul jer semua bahan sampai sebati.
Langkah2;
1. Letak pastri dalam acuan tary, cucuk dengan garpu untuk memudahkan topping
melekat.
2. Keluarkan tart yg dah dibakar separuh masak.....maaukkan topping
3. Bakar semula 15-20min... 15-20min...170'c/190'c
4. Kalau ada periuk ajaib ( giacomo/vantage/menang) pun boleh guna ganti oven
SELAMAT MENCUBA SEMUA????TRY JANGAN TAK TRY..Dah try share hasilnya.....
APAM PUTERI.... cute n lovely colour
APAM PUTERI VERSI HIRMAHARRIZ
Bahan2;
2 cawan tepung
1/2 cawan gula
1/2 cawan air suam
6 gm yis mauripan ( 1/2 drp 1 bungkus 11gm)
2 sudu pandan paste
perisa strawberry /perisa pilihan (optional)
pewarna pilihan
Cara2;
1. Bancuh yis dgn air dan gula. Biar sekejap hingga berbuih.
2. Masukkn bancuhan yis dlm tepung. Gaul sebati
3. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian pandan paste n satu lagi perisa n
pewarna pilihan. Rehatkan adunan sekejap.
4. Masukkan alam acuan n kukus 10-15 minit hingga masak.
Tip :
1. Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
2. sengitkan acuan semasa menuang bancuhan warna pertama sebelum menuang
adunan yang kedua.
SELAMAT MENCUBA...
Langgan:
Catatan (Atom)