Ahad, 31 Ogos 2014

Agar-Agar Tembikai.... lembut, sedap dan mencair dimulut...macam tak puas jer makan sebijik....






AGAR-AGAR TEMBIKAI
Bahan2;

  • 2 paket serbuk agar-agar ( 11g )
  • 350 g gula pasir
  • 1000 ml air
  • 4 biji putih telur
  • satu sudu esen rose
  • pewarna merah/kuning (isi tembikai)
  • pewarna hijau (kulit tembikai)
  • Kismis (biji tembikai)
Cara2;
  1. Masak agar2 + air+gula hingga mendidih. Biarkan menyejuk sekejap.
  2. Pukul putih telur hingga kental bertanduk sambil dimasukkan larutan agar2 yang mulai sejuk di dalam bancuhan telur putih sedikit demi sedikit.
  3. Tuangkan dalam  mangkuk separuh bulat yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  4. Titikkan pewarna merah ditengah adunan dan diratakan secara membulat dengan lidi sate tanpa menyentuh dasar mangkuk.
  5. Masukkan warna hijau sebagai kulit dan jarakkn sedikit dari warna merah.
  6. Letakkan kismis hitam sebagai hiasan untuk biji durian.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk.
*Tip: Pukul putih telur selepas 20 minit larutan agar2 masak supaya agar menyejuk sedikit  
          dan bagi mengelakkan putih telur lama berteduh / mencair semula.

Selamat Mencuba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan