Ahad, 31 Ogos 2014

AYAM GORENG SERAI BEREMPAH... Yummmmmyyyy....kok..kok...kokkkk



AYAM GORENG SERAI BEREMPAH

Bahan2;

# 1 ekor ayam ( dipotong sederhana )

Bahan kisar;
# 6 ulas bawang putih
# 7 ulas bawang merah
# 2 inci halia
# 4 batang serai

# 3 sudu cili kering kisar / cili boh
# 2 sudu serbuk kari daging
# 1/2 sudu jintan putih
# 1/2 sudu jintan manis
# 1/2 sudu ketumbar

# Garam secukup rasa
# 4 tangkai daun kari
#  Minyak untuk menggoreng

Cara2;

1. Campurkan semua bahan kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan perap selama 
     1 jam.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.     
     pastikan minyak berlebihan digunakan supaya ayam tenggelam semasa menggoreng.
3.  Masukkan daun kari bila ayam 3/4 masak.
4.  Angkat dan toskan ayam goreng bila sudah masak.
5.  Sedia untuk dihidangkan.

#SELAMAT MENCUBA......






1 ulasan: