Ahad, 31 Ogos 2014

KEK LAPIS 1 MALAYSIA...... kaler kek tu gue belasah jer janji cantik mata gue memandang..... alaaa nak risau aper kita yang buat dier..... :-)


KEK LAPIS 1 MALAYSIA - ONE MALAYSIAN LAYER CAKE

Bahan2;

  • 16 oz margerin/butter/planta
  • 10 biji telur gred A
  • 200 g gula halus
  • 350 g tepung kek nona / tepung blue key
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin srikaya (tin kecil)
  • 1  1/2 sudu makan ovellette
  • 1 paket horlick original ( 400 g )
  • 100ml air sejuk ais
  • sedikit ceri merah / coklat rice
Cara2;
  1. Pukul mentega + gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan susu, srikaya, horlick, tepung dan air . Pukul sebati.
  4. Bahagi kepada beberapa bahagian warna yang disukai.
  5. Bakar lapisan demi lapisan warna pertama hingga habis kemudian taburkan ceri/coklat rice.
  6. Ulangi  dengan warna yang seterusnya sehingga adunan habis dibakar.
  7. guna oven api atas sahaja dengan suhu 180'c. 10-15m untuk setiap lapisan.
SELAMAT MEMBAKING... membuat kek lapis nie memang menuntut kesabaran yang tinggi...gue siap tertidur tu depan oven.... kui..kui..kui...hasilnya bolehlah...colourful.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan