KUIH TEPUNG PELITA
BAHAN2 ;
Bahagian bawah (hijau):
- 3/4 cawan tepung jagung nona
- 1/4 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 6 cawan santan cair
- Sedikit pewarna hijau
Bahagian atas (putih):
- 3/4 cawan tepung jagung nona
- 1/4 cawan tepung beras
- 8 cawan pati santan
- sedikit garam
* Boleh letakkan sedikit jagung krim/ sengkuang cina.
CARA2;
- Didihkan adunan hijau sehingga likat kemudian tuang dalam kelongsong kuih pelita.
- Masukkan jagung krim/sengkuang cina yg telah diracik halus.
- Didihkan adunan putih sehingga mendidih dan tuang ke atas adunan hijau.
- Sejukkan dan sedia dihidang.
# kelongsong kuih pelita boleh dibuat menggunakan daun pandan/ pisang dan cara nak membuatnya boleh rujuk... http://www.youtube.com/watch?v=Yec0J5l_-Bg