Sabtu, 13 September 2014

KUIH TEPUNG PELITA a.k.a KUIH TAKO..... sebenarnya beza antara kuih pelita dan kuih tako ialah... kuih tako kelongsongnya diperbuat dengan daun pandanus sementara kuih pelita selalunya menggunakan daun pisang.....bagi gue sama jer....haha



KUIH TEPUNG PELITA

BAHAN2  ;

Bahagian bawah (hijau):

  • 3/4 cawan tepung jagung nona
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 6 cawan santan cair
  • Sedikit pewarna hijau
Bahagian atas (putih):
  • 3/4 cawan tepung jagung nona
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 8 cawan pati santan
  • sedikit garam
* Boleh letakkan sedikit jagung krim/ sengkuang cina.



CARA2;


  1. Didihkan adunan hijau sehingga likat kemudian tuang dalam kelongsong kuih pelita.
  2. Masukkan jagung krim/sengkuang cina yg telah diracik halus.
  3. Didihkan adunan putih sehingga mendidih dan tuang ke atas adunan hijau.
  4. Sejukkan dan sedia dihidang.
# kelongsong kuih pelita boleh dibuat menggunakan daun pandan/ pisang dan cara nak membuatnya boleh rujuk... http://www.youtube.com/watch?v=Yec0J5l_-Bg


Tiada ulasan:

Catat Ulasan