Isnin, 1 September 2014

NASI LOBAK MERAH / Nasi Carrot...... sedappppp...baik untuk mata....cuma harapnya jangan lepas makan gigi tumbuh serupa Rabbit...kih..kih


 


Nasi Lobak Merah - Carrot rice

Bahan2;

* 2 cawan beras basmathi
* 2 batang carrot disagat
* 1 cawan susu cair ideal
* 2 cawan air
* 2 sudu besar planta / ghee
* 2 ulas bawang merah dan putih
* 1 inci halia
* 3 beradik ( bunga lawang, kayu manis, cengkih)
* kiub pati ayam maggi/knorr
* garam secukup rasa
* 1 sudu esen ros
* Daun pandan wangi
* Daun bawang / daun sup
* Bawang goreng

Cara2;
- Basuh beras dan toskan.
- Panaskan planta dalam rice cooker dan tumiskan bawang merah, putih, halia dan 3  
   beradik sampai naik bau.
- Masukkan beras dan gaul sebati.
- Masukkan air, susu cair,kiub maggi, sedikit garam dan pandan wangi.
- Agak nak mendidih masukkan esen ros. Gaul sebati.
- Masak bolehlah ditabur daun bawang ,sup dan bawang goreng.

Tip: Gaul nasi guna garfu untuk mengelakkan beras pecah dan selalu sangat digaul nanti butir nasi masak jadi tak cantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan