Selasa, 2 September 2014

PUDING MILO OREO...... Senang dimasak, lazat dimakan....mcm iklan maggi la pulak....


PUDING MILO OREO

Bahan2;

  • 1 paket agar2 serbuk 10 g
  • 750 ml air (  3 cawan air )
  • 150 g gula ( 1 cawan gula @ kurangkan)
  • 1 tin susu cair ideal / fresh milk
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 1 1/2 cawan milo
  • 1 bungkus biskut oreo 135 g ( patah2kan)
Cara2;

  1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan susu pekat, dan susu cair. kacau sebati.
  3. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan dicampurkan serbuk milo.
  4. Tuangkan adunan milo sedikit dalam acuan. Biarkan mengeras sedikit.
  5. Tuangkan adunan putih yang telah dicampur dengan pecahan biskut oreo ke atas lapisan  milo dalam acuan tadi. Tunggu mengeras sedikit.
  6. Akhir sekali tuang baki adunan milo tadi ke atas lapisan putih oreo pula.
  7. Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
Tip:
  • Jangan tunggu hingga membeku sepenuhnya semasa hendak menuang dalam acuan.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnys supaya ia melekat dengan elok .
  • Pastikan adunan yg berbaki di dalam periuk sentiasa dipanaskan bagi mengelakkan ia membeku sebelum dilapis/ dituang ke dalam acuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan